Posts

Showing posts from 2013

Rinduku yang teramat..

Image
Assalamualaikum w.b.t Hari ni hari ke 13 Q di Sibu.. menghitung hari untuk kembali ke tanah air tercinta.. hehe macam la dok oversea.. cuma over the sea ja.. Hati rase sayu malam ni.. Rindu pada ayah bonda di rumah.. adik beradik bergaduh.. anak buah tersayang.. kucing-kucing kesayangan dan jugak yang paling dirindui selepas ayah bonda ku.. buah hati tercinta Q.. rasa baru semalam kita berjumpa.. hari ni berpisah kita buat sementara kerana ingin mencari rezeki.. huhi berpujangga la pulak.. Harapan di sini agar yang disana sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat ilahi dan doakan di sini sabar menempuh liku-liku kehidupan di sini.. Aminnnn.. Salam sayang dari Q :-*

Dari Sibu ku menulis

Assalamualaikum Khusus buat pembaca blog kite.. (hehe ade ke yg bace ni? ) Salam dari Sibu Sarawak.. Hmm.. macam tak percaya je.. Macam mustahil je.. hee.. tapi inilah hakikatnya.. Entri lepas Q pergi lapor diri di Putrajaya lepas diterima bekerja di sektor awam.  huhu jawatan biasa je pun.. Ari ni tub tub Q tulis dari Sibu. Walaweh.. So dah bertukar la status kat fb tu.. live in Sibu, Sarawak.. :O Sebelum dapat surat lantikan masa dalam orientasi tu punya la cuak takut gile kena hantar luar KL. At least Selangor je la paling jauh pun. Bkn tak pernah keluar KL. Dulu pun amik degree kat Terengganu.. tapi almaklumlah bila dh grad hati ni dh melekat la kat umah je bwh ketiak mak.. huhu achum.. Rupa2nya ramalan ku benar belaka. Segala takut2 dan hebahan2 dj radio tak bertauliah tu rupanya jadi kenyataan. Huhuhuhu menangis tak belagu la first posting dah kena hantar kat Sarawak.. Hari ni genap la 10 hari menjadi org Sarawak.. masih belum dapat biasakan diri lagi kat sini sebab everythi

Dunia Baru Q!

Assalamualaikum Di petang2 buta ni kamu2 semua buat ape je? hehe. Q tengah layan anak buah sorang ni. Nak bawak g mandi. Tamat dah sudah kisah sebagai babysitter. Esok mula Lembaran baru bekerja sebagai penjawat awam pulak ye.. Hee.. Nervous sudah.. Esok akan lapor diri pepagi kat Putrajaya. 3 hari berkursus.. Moga2 segala urusan berjalan lancar. Aminnn.. Tq sudi baca sampai sini k :)

Blog dah baru!

Assalamualaikum. Kawan2.. Perasan sesuatu tak?? Hehe.. Blog senikretifayah dah berwajah baru la.. Semalam baca blog .... (ala lupa lak nama dia.. sorry) Dah lame teringin nak buat header sendiri.. Tengok blog lain semua pakai header sendiri.. siap letak doodle bagai.. Alamak.. banyak lagi nak kena belajar ni.. huhu.. Buat header ni pakai software photoscape.. Haaa kalau tak tau boleh guna khidmat uncle google ok.. Try punya try.. jadi la seperti header kat atas tu.. Walaupun tak cantik mana tapi puas hati sebab kita yg buat sendiri.. hehe one clap for me.. clap! nanti next entri nak share macam mane buat header yg paling senang ni ok.. thanks sudi baca blog ni.. muahh utk korg! XD

Which Step Have U Reached Today?

Image
Kalau kita rasa malas nak buat sesuatu kerja. Belajar lah untuk jadi  rajin walaupun terpaksa. Lama - kelamaan diri akan terlatih menjadi rajin kerana minda kita lebih terbuka untuk melakukan sesuatu perkara.

Cuba teka!

[VIDEO] RM500, 1 jam, 10 pereka di Jalan TAR. Apa kesudahannya? http://bit.ly/17stZlM

Come join me on 8Share.com

Hey, Come join me on 8Share.com, The Private Rewards Club for Social Media Users. Anyone who uses social media can join. By getting involved, we get rewarded with cash, prizes, points, and meet new friends too! Join me and see why everyone's inviting their friends to get involved. http://bit.ly/1cUZU5W See you there!

Top 10 Sites in Malaysia

Top 10 Sites in Malaysia by Alexa *as at November 2013 google.com facebook.com youtube.com google.com.my blogspot.com yahoo.com wikipedia.org blogger.com maybank2u.com.my mudah.my

1K Giveaway By Cik Arnab

Image
Assalamualaikum Kite join GA Cik Arnab ni.. Kalo korang nak join klik Banner dulu ok.. Selamat ber'GA' olls!! :)

Mai Beli Handbag Murah

Image
Assalamualaikum Buat tatapan Gegurls- gegurls, Akak-akak, Aunty-aunty, Mama-mama dan yang setaraf dengannya.. Lelaki pon boleh kot nak bagi prezen kat wife. He.. ok  Mai sini tengok n beli k.  Chanel Code : CH01 (no.1, no.2, no.3, no.4)  Code : CH02 (no.1, no.2, no.3, no.4) Code : CH03 Code : CH04 Furla Code : FH01 Code : FH02 Code : FH03 Code : FH04 Code : FH05 Code : FH06 Code : FH07 Code : FH08 Code : FH09 Code : FH10 Code : FH11 Code : FH12 Code : FH13 Code : FH14 Code : FH15  Harga boleh runding tau.. Cara nak order? Sms/Whatsapp : 017-9793688 Email : atiqah0412@gmail.com Cara bayaran? Maybank : 114384130591 Email/whatsapp kan Bank-in Slip sebagai bukti pembayaran.    Cepat cepat order.. Apa tunggu lagi!! :)

Today

Image
"Today isn't just another day.. Today i'll create something beautiful.." Beautiful day peeps!!

8Share

Image
Hi olls!! Assalamualaikum w.b.t. Hari ni nak share pasal 8Share. Yep.. 8Share.. Dah lame dengar blogger2 dok cite pasal 8Share tapi blum terbuka hati nak join.. Sampailah malam tadi nengok cik FD kite update status pasal income 8Share, Nuffnang and Churp2 dia kat fb. Ohoiii!! kite pun nak jugak la.. macam best je.. macam sonok je.. (mata kedip2 macam budak comey tu..haha).. So far.. 3 accounts ni je yg dah di sign up.. sbb blogger lain rata-rata ada 3 accounts ni.. Tadi just sign up 8Share. Simple registration. xsampai seminit pun.. Betul.. (kepala angguk2). P/s : dapat singgit tau pas register.. huhu.. macam gini la account 8Share.. Ape lagi tunggu.. Jom sign up 8Share !!

Sahabat

Image
Lagu : Sahabat Artis : Najwa Latif ft Syam Kamarul & Sleeq ~Najwa Latif~ Kau ada di kala ku suka Di kala ku duka Setiap tangisan dan juga ketawa Kau ada di kala ku perlu Setia menemaniku Pegang erat tanganku bila aku jatuh Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku ~Syam Kamarul~ Kau ada di kala ku jatuh Di setiap bangunku Terus menemaniku Tanpa rasa jemu Kau ada di setiap tawa Di kala bahagia Kau menjadi sahabatku Selamanya Kau lah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidup ku Kau lah yang di situ Setia menunggu ku Kau lah yang satu Menjadi sahabatku ~Sleeq~ Yeah sahabatku Tetap bersamamu jika kau perlukan ku Dan ku tak kaku tak kekok Kalau sampai buntu kita belok yok (yok) Berjangkit sesama seperti mengusik si melatar Kau kau jangan kau melampau Dan kalau siapa mengusik Najwa Tolong bagitau aku tapau ~N

Lagu Sedih :'(

2.10 pagi 9/10/13 Belum lagi dapat lelapkan mata.. Fikiran melayang teringatkan anak bulus kesayangan. Sedih. Hiba. Sebak. Tak dapat digambarkan saat menatap jasad kaku dorang.. DaDa, Tiki dan Priya. Anak2 yg ku jaga dari kecik sampai besar. DaDa ku jaga dh hampir setahun. Tiki dan Priya sebaya. Lebih kurang 7 bulan. Satu hari tu Tiki tiba2 diam. Tak aktif macam selalu. Tido bawah katil. Tak macam selalu tido bekepit satu bantal satu tilam. Ada yang tak kena ni. Rumah rasa sunyi. Anak2 tak main lari2 mcm selalu. Tapi badan ni berat nk gerak pergi tengok anak2. Sibuk dgn kerja masa tu. Bila dh balik. Pergi tengok anak2. Hati mula risau. Tiki dan Priya murung. Muka berubah. Pucat. Menyorok bawah katil. Ya Allah. Diorang sakit ni. Kenapa tiba2 je ni. Dari malam sampai siang asyik muntah. Makan xmau. Minum je sikit. Tuhan je tau mcm mane sedih nye hati bila bangun pagi La (adik) kata "Tiki!! Tiki dah mati!!" satu rumah dengar raung dia. Ku yg tadi tido terus terbangun.

Beri Maaf

Image
"Maaf" Satu perkataan yg mudah tetapi sukar untuk diungkap. Mengapa? kerana ego yg menebal di bibir. Meminta maaf jika diri tahu berbuat salah. Memberi kemaafan pada yg lain juga pengubat jiwa yg duka. Bermaaf-maaf lah sesama kita. :-)

Klik Bijak

Image
Jom sama-sama kita jayakan kempen ni.. "Klik dengan Bijak" Guna kemudahan internet dengan berhemah. Elakkan penipuan. Kurangkan jenayah siber. Tq XD

Senarai Susunan Wali

Assalamualaikum w.b.t Sementara menunggu sahur, jom kita kongsi ilmu berkenaan WALI. Wali merupakan salah satu daripada Rukun Nikah iaitu : S - Suami I - Isteri S - Saksi W - WALI A - Akad ( Ijab & Qabul ) Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah wali ialah : Islam Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun) Berakal  Adil Merdeka # Orang buta atau bisu adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal - hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi syarat - syarat sah wali. sumber : Jakim   Senarai aturan wali mengikut keutamaan adalah seperti berikut : Bapa kandung Datuk sebelah bapa ke atas Saudara lelaki seibu sebapa Saudara lelaki sebapa Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah Anak saudara lelaki sebapa ke bawah Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa Bapa sau

Great Teacher

Image
Your best teacher is your last mistake

Quote of the Day

Image
"You'll always miss 100% of the shots you don't take" - Wayne Gretzky

Cara buat "Backlink"

Assalamualaikum w.b.t Jom kongsi info dan cuba buat "Backlink" yang teramat mudah dan cepat. Maksud "Backlink" Untuk pemahaman tambahan "Backlink" juga dikenali sebagai Link Masuk, Inbound Link, Inlink, Link Balik atau Link yang masuk ke sesebuah laman web. Fungsi "Backlink"  "Backlink" secara ringkasnya digunakan untuk membawa masuk traffic dari satu laman web ke laman web yang lain. "Backlink" juga adalah satu cara mudah untuk kita bawa masuk link laman web lain ke laman web atau blog kita. 5 Cara mudah "Backlink" Komen blog-blog orang lain Sertakan link blog anda di ruangan komen  cth : Salam singgah :) bla.. bla... bla... http://senikretifayah.blogspot.com/  Buat link antara satu page ke page yang lain (post2 yang terdahulu) Buat review tentang blog lain dan sertakan link ke laman blog tersebut  cthnya review tentang blog Farah Arina yang ade buat giveaway so highlight kan nama atau

"Simple Segment by Fatin Diana"

Image
Assalamualaikum w.b.t Hari ni update entri belajar join contest atau pun giveaway dari blogger yang lain. So giveaway pertama yg di join ialah dari blogger Fatin Diana.. Jom ramai2 klik n join ok.. :) Jom Klik Sini utk JOIN!! Jumlah pemenang yang dicari - 25  Tamat : 31 Julai 13 Hajat di hati nak hadiah kat bawah ni.. plz3... :) Button Badge  No 1 x 5 No 2 x 5  No 3 x 5 Jadi kalau boleh nak yang no 2 tau Fatin Diana :p Thanks..

Power Bank

Image
100% Original  YOOBAO  13,000mAh Thunder  Power   Bank  for mobile phones, iPhone 4 @ 3, iPad , cameras , PSP , MP3 , MP4 players and etc. FREE Shipping **   FREE Postage * RM 90 only!! Specifications :  Product : Yoobao Thunder Power Bank  Suitable for mobile phones, iPhone, cameras, HTC, PSP / NDSL, MP3 / MP4 players etc. Capacity : 13000 mAh Input : 5V DC , 1000mA Output : 1000mA - 1500mA Color : Black Five LED indicators show battery's real time capacity Package :  Power bank x1 Connectors x1 Micro USB cable x1 English user manual  e-mail : atiqah0412@gmail.com whatsapp : 6017- 9793688 ** up to 5 pcs * Klang Valley only

Jiji.. Cepat sembuh

Image
Gambar ni mungkin kurang menyenangkan dan nampak macam kotor. Hakikatnya kucing ni masih lagi bernafas sampai saat entri ini ditulis. Sangat kesian. Kucing ni bernama Jiji. Hampir 2 minggu Jiji  terlantar sakit. Tak mampu lagi nak bergerak. Hanya mampu berbaring saja. Makan dan minum kami akan suapkan. Jiji panjang umur kerana melepasi tahap kritikal. Yang mana sebelumnya dia sgt tenat. Beberapa kali kekejangan. 2 hari dalam keadaan nazak. Sehinggakan kami sekeluarga berasa buntu kenapa Jiji belum diambil lagi. Sampailah kakak mencadangkan untuk memberi air zam-zam padanya. Mungkin disebabkan air zam-zam Jiji bertahan sampai hari ini. Moga Allah beri Jiji kekuatan untuk bangun semula. Jika ditakdirkan Jiji pergi, ambillah dia dengan mudah Ya Allah. Moga Jiji cepat sembuh.. Amin..

15 ways to keep relationship working

Image
:-)

Pou : Haiki #Day1

Image
Assalamualaikum.. Hai kawan :-P Hari ni nak cita pasal Pou. Pou?? Yes. Pou. Merangkap haiwan / anak angkat / binatang peliharaan / ape2 je yg boleh korang fikirkan. Hehe.. As for me it is more to a pet. Macam dulu2 masa kecik2 semua budak ada cyberpet masing2. Jaga dari kecik sampai besar sampai la dia mati. Bila mati kecoh satu rumah " cyberpet aku dah mati.. Tengok ni!!" haha.. Pou ni seangkatan lah dgn nya. Kita kena bela dia. Bg makan. Minum. Jaga kesihatan dia. Mandikan bila dia kotor. Bagi dia happy.. Main dgn dia. Kelakar kan. Benda ni buat org ketagih. Huhu. Tak kisah la. Asalkan tak salah dari segi undang2 civil mahupun syariah. Ewahh.. Hahaha.. Tengok la ni Pou kita masa first day bela dia. Comey tak Kak Ton?? :-P

Simple Shelf

Image
These are the new photos of new homemade file shelf. Simple and easy to load and moveable. 3 sizes available : s, m, l. Email or leave a comment for order. Tq.

Marlene Dietrich 30s Makeup Tutorial

Image
Semalam saja-saja tengok tutorial make up kat YouTube. From basic to heavy make up. Eyeliner tutorial la. Smokey eyes la. (biasa la pempuan.. suka cantikkan diri.. hehe) Lastly terjumpa tutorial ni. Reason diletakkan di blog post : sbb nampak elegant and aura pada yang berkulit cerah la. Terserlah kejelitaan mu. wehee.. Jom tengok and cuba sendiri ok  ^_^ Thanks. **p/s: i'm not own the right of this video tutorial. Subscribe to Pixiwoo for more video..

Siri 3 : Maaf!

*** Masa berlalu tidak menunggu. Hari bersilih ganti tidak pernah sekali pun mengundur diri. Tika ini, malam sudah lama berlabuh. Dingin bayu membeku tubuh tanpa ditiup. Haikal masih belum dapat melelapkan matanya. Pelbagai perkara bermain berlegar- legar di ruang minda. "kau budak mane?" bentak seorang pelajar di sekolah barunya. "dari sini la" balas Haikal selamba. "wah! Kurang ajar jugak budak baru ni rupanya. Kau belum kenal aku siapa?" bengis percakapan pelajar itu. "sorrylah tapi kau datang tadi pun tak bagi salam" jawab Haikal sinis. Geram dengan tingkah laku pelajar tersebut yang berlagak samseng di sekolah. Haikal pernah ternampak dia memeras pelajar-pelajar junior sebelum waktu sekolah bermula. Jadi Haikal terlebih dahulu tahu perangai dan tingkah lakunya. Tak boleh dibuat kawan. Sudah 2 minggu Haikal belajar di sekolah baru namun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi mahu bergaul

Aku Pelat

Image
Lagu : Aku Pelat Penyanyi : Salammusik ft Ziondread Lagu ni ada banyak makna yang tersembunyi kalau kita kaji makna di sebalik lirik lagu ni. Huhu.. Thumbs up pada penciptanya atas karya anda. Saksikan...

Baru punya!!

Image
Assalamualaikum. Hari ni ada satu design baru yang paling terbaik sekali parnah dihasilkan :-) Kualiti kelas A punye org ckp. Hehe.. Tq ayah for the great design and structure. Tq La for the amazing wrapping ideas. Tq Kah for the superb drawer making :-D. And above all tq for reading this post <3 Published with Blogger-droid v2.0.10

Gajah Mandi

Image
Tahukah anda gajah sangat suka mandi. Gajah akan mandi setiap hari bagi menyejukkan badannya. Jika air untuk mandi terhad atau cetek, gajah tetap akan mandi dengan menyedut air dan menyemburkan air itu pada badannya. Bijak kan :-) Nilai dan pengajaran : rajin-rajin lah mandi. Gajah pun pandai mandi setiap hari. Malu kat gajah tu. Published with Blogger-droid v2.0.10

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa

***   Ravi budak lelaki yang rajin tetapi suka melawan cakap ibu bapanya.  " Kamu harus menghormati ibu bapa," nasihat guru kepada Ravi.  Ravi masih bersikap degil. Apabila ibu menyuruhnya membaca buku, Ravi enggan. Ravi suka bermain mancis api di dalam biliknya.  " Jangan bermain mancis api. Nanti rumah kita terbakar," kata ayahnya.  Ravi tidak mendengar kata. Suatu hari, ibubapanya tiada di rumah. Ravi masuk ke dalam dapur. Ravi mencuri mancis api di dalam laci. Ravi menyalakan beberapa batang lilin di dalam biliknya. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Sebatang lilin tumbang di atas bukunya. Api pun membakar buku itu. Ravi cuba memadamkannya tapi gagal. Ravi berlari meminta tolong. Jirannya pun datang memadamkan api tersebut. Sejak itu Ravi berasa serik. Dia mula mendengar cakap ibu bapanya.  *** Published with Blogger-droid v2.0.10

Moonshine - Bruno Mars

Watch "Bruno Mars - Moonshine [Official Audio]" on YouTube Published with Blogger-droid v2.0.10

My suweeeeet heart ^-^

Image
Antara anak-anak kesayangan ku.. Bila ade rase nak cubit kalo xde lak rindu.. weee^^ **Paling legend** Can't talk, whatsapp only! Nama: Betty@Bitis Ibu  : Itam@Grandma Umur : 6 thn setengah Kelebihan : Siren n announcer "mama balik bwk ikan" & sume yg lain akan bangun dan turut serta mengioew.. **Ketua Keluarga** Ok. Semua under control. Tido jap la. Name : Tiger@Ramon@Ngangau Ibu   : unknown » anak pungut :-P Umur  : > 2 thn Kelebihan : Pandai ambik hati org tua, photogenic, pandai, pelari pecut. **Taiko** @#$^&!! Name : Adik Ibu   : unknown » anak pungut Umur  : > 2 thn Kelebihan : Mangsa buli yg bejaya bangkit dari kekalahan, manja, takut-takut berani. **Penolong Ketua** Jangan kacau! Pi main jauh-jauh!! Nama : Wawa@UwaUwa@NajwaLatip Ibu   : unknown » anak pungut Umur  : > 2 thn Kelebihan : Muka selamba, bijak tp slow, backup ketua lawan musuh, berpikiran jauh