Posts

Showing posts with the label Buku

Siri 3 : Maaf!

*** Masa berlalu tidak menunggu. Hari bersilih ganti tidak pernah sekali pun mengundur diri. Tika ini, malam sudah lama berlabuh. Dingin bayu membeku tubuh tanpa ditiup. Haikal masih belum dapat melelapkan matanya. Pelbagai perkara bermain berlegar- legar di ruang minda. "kau budak mane?" bentak seorang pelajar di sekolah barunya. "dari sini la" balas Haikal selamba. "wah! Kurang ajar jugak budak baru ni rupanya. Kau belum kenal aku siapa?" bengis percakapan pelajar itu. "sorrylah tapi kau datang tadi pun tak bagi salam" jawab Haikal sinis. Geram dengan tingkah laku pelajar tersebut yang berlagak samseng di sekolah. Haikal pernah ternampak dia memeras pelajar-pelajar junior sebelum waktu sekolah bermula. Jadi Haikal terlebih dahulu tahu perangai dan tingkah lakunya. Tak boleh dibuat kawan. Sudah 2 minggu Haikal belajar di sekolah baru namun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi mahu bergaul ...

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa

***   Ravi budak lelaki yang rajin tetapi suka melawan cakap ibu bapanya.  " Kamu harus menghormati ibu bapa," nasihat guru kepada Ravi.  Ravi masih bersikap degil. Apabila ibu menyuruhnya membaca buku, Ravi enggan. Ravi suka bermain mancis api di dalam biliknya.  " Jangan bermain mancis api. Nanti rumah kita terbakar," kata ayahnya.  Ravi tidak mendengar kata. Suatu hari, ibubapanya tiada di rumah. Ravi masuk ke dalam dapur. Ravi mencuri mancis api di dalam laci. Ravi menyalakan beberapa batang lilin di dalam biliknya. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Sebatang lilin tumbang di atas bukunya. Api pun membakar buku itu. Ravi cuba memadamkannya tapi gagal. Ravi berlari meminta tolong. Jirannya pun datang memadamkan api tersebut. Sejak itu Ravi berasa serik. Dia mula mendengar cakap ibu bapanya.  *** Published with Blogger-droid v2.0.10