Wednesday, 9 October 2013

Lagu Sedih :'(

2.10 pagi 9/10/13

Belum lagi dapat lelapkan mata.. Fikiran melayang teringatkan anak bulus kesayangan.

Sedih. Hiba. Sebak.

Tak dapat digambarkan saat menatap jasad kaku dorang.. DaDa, Tiki dan Priya.

Anak2 yg ku jaga dari kecik sampai besar. DaDa ku jaga dh hampir setahun. Tiki dan Priya sebaya. Lebih kurang 7 bulan.

Satu hari tu Tiki tiba2 diam. Tak aktif macam selalu. Tido bawah katil. Tak macam selalu tido bekepit satu bantal satu tilam.

Ada yang tak kena ni. Rumah rasa sunyi. Anak2 tak main lari2 mcm selalu. Tapi badan ni berat nk gerak pergi tengok anak2. Sibuk dgn kerja masa tu.

Bila dh balik. Pergi tengok anak2. Hati mula risau. Tiki dan Priya murung. Muka berubah. Pucat. Menyorok bawah katil. Ya Allah. Diorang sakit ni. Kenapa tiba2 je ni.

Dari malam sampai siang asyik muntah. Makan xmau. Minum je sikit.

Tuhan je tau mcm mane sedih nye hati bila bangun pagi La (adik) kata "Tiki!! Tiki dah mati!!" satu rumah dengar raung dia.

Ku yg tadi tido terus terbangun. Ya Allah.. Betul ke ni. Cepat betul Kau ambil dia dari aku.. Wabak ape pulak yg melanda anak2 ni.. Dalam satu malam je boleh membunuh..

Tak lama lepas Tiki pergi.. Priya pulak ikut pergi.. Selang satu hari je. Kalau dikira tak sampai 24 jam. Kesedihan aku tak dapat dibendung.
Kaki yg kaku tu terus kubelai lembut.. Itulah sentuhan terakhir mengusap lembut bulu Priya. Cantik nya.. Cuma dalam ingatan yg xpernah pudar.

DaDa terus diawasi sebab tanda2 jangkitan dah makin teruk.. Mulut dah bertukar hitam. DaDa putih. Bila sakit memang nampak sangat berubah muka dia.

Selang 2 hari. DaDa nampak sihat sikit. Dah boleh bangun minum air. Makan ada jugak sikit. Cukup lah alas perut. DaDa memang selalu sakit. Bila sakit dia datang. Dia akan jadi lembik. Nak berjalan pun tak larat tambah lg bulu kaki yg licin. Memang jatuh je.

Walaupun selalu jadi lembik. Selalu kena marah sbb dia mungkin tak dapat rasa pergerakan kakinye. Dia akan mencengkam dengan sekuat2 hati kalau nak melompat naik atas riba. Sakitnya kalau terkena kuku dia memang rasa nak tendang dinding.

Tapi DaDa sweet sangat. Suka cium telinga bila mintak makan kat orang. Bunyi dia lain pada yg lain. "ork.. Ork..'

Rasa macam baru semalam bagi diorang makan.. Minum.. Hakikat nye diorang dah tak de lagi kat dunia ni. Rindu nye tak terubat. Walaupun ada anak2 baru yg lain sbg ganti.. Tetap tak sama..

Dah tak da dh yang tido atas bantal sama2. Dah tak da dh yg jd phirana gigit kaki ikut org bila lapar. Dh tak da dh yang suka makan laksam sampai mintak tambah.

Ya Allah.. Rindu nya pada DaDa. Tiki. Priya. Jiji. Urai dan byk lagi kucing2 ku yg dh pergi.. Sampaikan lah  rinduku pada mereka semua..

Kite rindu semua..

:'(