Siri 3 : Maaf!
*** Masa berlalu tidak menunggu. Hari bersilih ganti tidak pernah sekali pun mengundur diri. Tika ini, malam sudah lama berlabuh. Dingin bayu membeku tubuh tanpa ditiup. Haikal masih belum dapat melelapkan matanya. Pelbagai perkara bermain berlegar- legar di ruang minda. "kau budak mane?" bentak seorang pelajar di sekolah barunya. "dari sini la" balas Haikal selamba. "wah! Kurang ajar jugak budak baru ni rupanya. Kau belum kenal aku siapa?" bengis percakapan pelajar itu. "sorrylah tapi kau datang tadi pun tak bagi salam" jawab Haikal sinis. Geram dengan tingkah laku pelajar tersebut yang berlagak samseng di sekolah. Haikal pernah ternampak dia memeras pelajar-pelajar junior sebelum waktu sekolah bermula. Jadi Haikal terlebih dahulu tahu perangai dan tingkah lakunya. Tak boleh dibuat kawan. Sudah 2 minggu Haikal belajar di sekolah baru namun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi mahu bergaul ...