Siri 2 : Mama


***

Dah seminggu Haikal terperap dalam bilik sejak berpindah ke rumah aunty Mimi. Perlukah abah mengikut keputusan aunty Mimi untuk berpindah sedangkan rumah abah cukup besar untuk menampung pertambahan seorang anggota baru dalam keluarga. Hairan. Orang setegas abah boleh cair dengan pujuk rayu aunty Mimi.    

"Haikal, janganlah sedih sayang. Mama bukan apa. Kat sini macam-macam kemudahan ada. Sekolah dekat. Shopping mall pun tak jauh. Kat rumah abah tu bukan tak seronok. Cuma mama tak suka dengan jiran-jiran tu. Suka busy body hal orang." pujuk aunty Mimi ketika Haikal bermenung di laman rumah.

Haikal tak ada pilihan. Dirinya sendiri belum cukup matang untuk membantah keputusan abah. Tak seperti Habil yang selalu memprotes keputusan abah. 

"Abah nak pindah dengan Haikal Habil tak kisah. Yang penting Habil tak nak tinggal dengan aunty Mimi. Mak Habil cuma ibu je. Dia je yang boleh nak arah-arah Habil." Lantang percakapan Habil terhadap abahnya.

Haikal cuma tunduk mendengar perbalahan Habil dan abah. Dalam hati kecilnya, Haikal tidak sabar untuk menjadi dewasa. Dia mahukan kebebasan. Bukan arahan dari seorang wanita yang cuba menjadi ibunya. Haikal mula mengelamun rindukan kasih sayang ibu kandungnya. Belum puas pun dia menatap wajah ibunya, bermanja dengannya, tapi ibu telah pergi dulu.

"Ibu, Haikal rindu ibu. Haikal nak ibu yang jadi ibu Haikal. Bukan aunty Mimi. Aunty Mimi tu banyak songeh  la ibu. Semua benda kena ikut arahan dia. Haikal bukan budak-budak lagi. Ibu, bila kita boleh jumpa lagi?" getus Haikal dihatinya sambil berlinangan air mata jatuh membasahi pipi.

Esok akan bermulalah kehidupan Haikal di sekolah barunya sebagai seorang pelajar tingkatan 4. Berbekalkan keputusan PMR 7A 1B, Haikal akan memohon ke sekolah berasrama penuh. Haikal mahu mewarisi kepakaran abahnya dalam bidang perniagaan. Dah menjadi impian Haikal sejak kecil lagi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia pada usia muda. Haikal tidak kisah sama ada dia terpilih atau tidak ke sekolah asrama penuh. Janji dia fokus. Sekolah biasa pun boleh berjaya. 

"Abah dah daftarkan Haikal kat sekolah tu. Haikal dapat aliran sains. Tapi abah mintak cikgu tu tukarkan ke aliran perakaunan. Abah tau Haikal minat apa. Jadi esok Haikal terus masuk kelas ni.. mmm.. kejap abah tengok dalam fail ni.." kata abah semasa melihat Haikal menyediakan beg dan pakaian sekolahnya.

"Mana bah? jawab Haikal ringkas.

"Haa.. ni dia.. Kelas 4P. Perakaunan la agaknya." sambil abah menunjukkan fail pelajar pada Haikal.

"Mmm.. Abah minta maaf sebab abah tak dapat nak hantar Haikal esok. Abah ada meeting pagi-pagi lagi di Nilai. Takut terlewat pula." 

"Ala.. Abah tak de Haikal kurang semangat la bah. Aunty Mimi tu.."

"Mama Haikal!" lantas abah memotong percakapan Haikal kerana dia belum lagi memanggil aunty Mimi dengan panggilan Mama.

"Mm.. Mama.. ala.. Haikal belum biasa bah. Maafkan Haikal." jawapan Haikal untuk menyedapkan hati abah. Sedangkan Haikal memang tidak mahu memanggil aunty Mimi, Mama.

"Iye la tu. Esok Haikal pergi dengan mama ok. Abah dah bagitahu mama pasal perkara ni." abah mematikan bicara. 

***





















Comments

Popular posts from this blog

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa

Aku Pelat

When I Was Your Man - Bruno Mars