Siri 1 : cerita perkenalan


***

Haikal melihat kawasan sekitar. Masih kekok dengan persekitaran baru. Sekolah baru. Kejiranan baru. Keluarga baru. 

"Sejak abah kahwin dengan aunty Mimi, abah dah jarang berbual dengan aku. Asyik busy melayan aunty Mimi yang nak itu ini." bisik Haikal dalam benak hatinya.

Sejak ibu Haikal pergi menyambut seruan Ilahi ketika usianya mencecah 7 tahun, abah lah seorang bapa dan ibu yang tak pernah lupa tanggungjawab dan membesarkannya sehingga usianya kini mencecah 16 tahun. Tidak ada satu pun permintaannya ditolak sehinggakan dia dilabel anak emas oleh abang dan kakaknya. 

"Abah, Habil ingat nak pergi bercuti lepas grad ni. Jom abah kita pergi oversea. Sydney ke, Itali ke. Habil ada ramai friend kat sana. Apa kata abah?" Habil mendesak.

"Habil, abah bukan tak mau bawa kamu semua ke sana. Tapi kos flight, makan, minum tinggi kat sana. Abah kerja berapa sangatlah gaji yang abah dapat." jawab abah mematahkan semangat Habil.

"Ala abah ni. Kalau Haikal tu boleh pulak bawak main salji kat UK. Tapi bila Habil dengan Hannie mintak, semua abah tolak tepi. Huh!" Habil berlalu pergi meninggalkan abah sendirian.

Habil, abang sulung pada Hannie dan Haikal. Tapi sikap sambil lewa dalam pergaulan adik-beradik menjadi punca keretakan hubungan mereka. Habil bersikap dingin dan liar. Jauh berbeza dengan sikap Haikal yang selalu mengambil berat soal keluarga. Hannie pula lebih gemar berdiam diri dan menjaga hal sendiri.

Masih terngiang lagi ungkapan di telinga Haikal tatkala abah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi. Sudah 9 tahun abah hidup sendiri. Kenapa baru sekarang abah mencari pengganti ibu. 

"Ada perkara apa abah panggil Habil dengan Hannie balik?" tanya Habil.

"Entah abah, Hannie baru plan nak shopping dengan kawan. Abah nak cakap yang abah kena posting tempat baru lagi ke?" duga Hannie pula.

Habil dan Hannie memecah kebisuan dengan soalan-soalan yang merunsingkan Haikal. Mana tidaknya, sudahlah jarang balik berjumpa abah sejak masing-masing menuntut di universiti, bertanya khabar pun susah. Tahu-tahu suruh abah bank in kan duit je. 

"Habil, Hannie dan juga kamu Haikal. Abah dah lama pendamkan hasrat abah ni. Abah takut nak suarakan kalau-kalau kamu semua tak setuju dengan abah." kata abah memulakan bicara.

Haikal mengerutkan wajahnya tertanya-tanya apa yang hendak disampaikan oleh abahnya. Dalam fikirannya sudah bermain-main jawapan tersirat di hati abah. Iyalah. Hanya Haikal yang tinggal dengan abah sementara abang dan kakaknya tinggal di hostel masing-masing. 

"Abah nak kahwin." balas abah seperti sudah lama menyusun kata.
" Abah dah lama berseorangan. Abah rasa abah perlukan kasih sayang seorang isteri."

"What? .. Who? but why now abah?" sentak Hannie yang terkejut dengan kenyataan abah.

Sejak hari itu, hubungan Haikal dengan abah makin renggang. Haikal mula menjadi pendiam. Hilai tawanya hilang saat abah melafazkan qabulnya ketika majlis pernikahan abah dengan aunty Mimi berlangsung. Kini genap dua bulan usia perkahwinan mereka. Ternyata tidak ada satu pun anak-anak abah merestui aunty Mimi sebagai isteri abah. Merangkap ibu baru bagi mereka.

"Panggil lah mama. Kan lagi sweet. Aunty Mimi buat I look too old darling." kata aunty Mimi masa perkenalkan diri pada Hannie sebelum berkahwin dengan abah. 

Aunty Mimi seorang yang pentingkan penampilan diri dan kecantikan. Rupa paras dan rambutnya ala-ala pelakon Korea. Berkulit putih, hidung mancung. Tapi sayang itu semua palsu. Kerana obses pada kecantikan, duit abah banyak melayang ke salun rambut, spa-spa ekslusif di KL, dan tak kurang juga di klinik pembedahan plastik. Haikal tak tahu bagaimana abah sanggup berkahwin dengan wanita yang jauh lebih muda darinya dan mengikut segala kemahuan isteri barunya. 

"Apa abah dah lupakan ibu?" tanya Haikal pada abah dari hati ke hati.

"Abah tak sayang Haikal lagi?"

Hampir-hampir Haikal menitiskan air mata lelakinya kerana niat abah yang tak pernah memikirkan hati dan perasaan anak-anaknya terutama Haikal. Namun abah tetap dengan pendiriannya.


***


















Comments

  1. ni buat sendiri ke atau dari novel? kalau buat sendiri memang best..cepat-cepat post ek..nak baca hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. buat sendiri.. tbe2 dpt idea nak tulis.. tq sbb sudi baca.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa

Aku Pelat

When I Was Your Man - Bruno Mars