Friday, 22 March 2013

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa


*** 

 Ravi budak lelaki yang rajin tetapi suka melawan cakap ibu bapanya.
 " Kamu harus menghormati ibu bapa," nasihat guru kepada Ravi.
 Ravi masih bersikap degil. Apabila ibu menyuruhnya membaca buku, Ravi enggan. Ravi suka bermain mancis api di dalam biliknya.
 " Jangan bermain mancis api. Nanti rumah kita terbakar," kata ayahnya.
 Ravi tidak mendengar kata. Suatu hari, ibubapanya tiada di rumah. Ravi masuk ke dalam dapur. Ravi mencuri mancis api di dalam laci. Ravi menyalakan beberapa batang lilin di dalam biliknya. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Sebatang lilin tumbang di atas bukunya. Api pun membakar buku itu. Ravi cuba memadamkannya tapi gagal. Ravi berlari meminta tolong. Jirannya pun datang memadamkan api tersebut. Sejak itu Ravi berasa serik. Dia mula mendengar cakap ibu bapanya.

 ***
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment