Siri 3 : Maaf!

***

Masa berlalu tidak menunggu. Hari bersilih ganti tidak pernah sekali pun mengundur diri. Tika ini, malam sudah lama berlabuh. Dingin bayu membeku tubuh tanpa ditiup. Haikal masih belum dapat melelapkan matanya. Pelbagai perkara bermain berlegar- legar di ruang minda.

"kau budak mane?" bentak seorang pelajar di sekolah barunya.

"dari sini la" balas Haikal selamba.

"wah! Kurang ajar jugak budak baru ni rupanya. Kau belum kenal aku siapa?" bengis percakapan pelajar itu.

"sorrylah tapi kau datang tadi pun tak bagi salam" jawab Haikal sinis.

Geram dengan tingkah laku pelajar tersebut yang berlagak samseng di sekolah. Haikal pernah ternampak dia memeras pelajar-pelajar junior sebelum waktu sekolah bermula. Jadi Haikal terlebih dahulu tahu perangai dan tingkah lakunya. Tak boleh dibuat kawan.

Sudah 2 minggu Haikal belajar di sekolah baru namun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi mahu bergaul dan berkawan dengan pelajar lain. Haikal menjadi pasif. Jauh berbeza sama sekali dengan sikapnya di sekolah lama.

"oops! Sorry.. Sorry.. Saya tak sengaja. Alamak.."

Ungkapan maaf yang belum dapat Haikal lupakan mengenangkan peristiwa dia dilanggar seorang pelajar perempuan semasa di kantin sekolah. Habis kotor baju Haikal akibat tertumpah mee goreng.

"Lain kali jalan tu pandang la depan. Kalau dah rasa lapar sangat pun agak-agak la. Jangan la gelojoh!" marah Haikal.

Baru hari pertama persekolahan dah ada insiden menyakitkan hati berlaku. Haikal sedikit pun tidak menoleh sewaktu pelajar perempuan itu menghulurkan tisu padanya. Mungkin dia sudah pun dilabel sebagai seorang yang sombong pada mata-mata yang memandangnya ketika itu. Hakikatnya, Haikal berasa amat malu dan gugup. Hatinya tak tentu arah. Jantungnya laju. Mungkin kerana mengawal emosinya yang sangat marah.

"Lawa jugak budak tadi.. " Haikal tersenyum di hadapan cermin dalam tandas ketika membasuh tangannya.

"Ah! Merepeklah. Malang nasib aku baru first day dah kotor baju. Minyak pulak tu. Memang tak hilang la jawabnya.." rungut Haikal sendirian.

Haikal terhenti mengelamun sebaik dia terdengar bunyi kaca jatuh di tingkat atas rumahnya. Dia bergegas bangun naik ke atas untuk melihat apa yang berlaku.

"You janji nak bagi I cash. Mana? You tahu kan I belum habis lagi treatment muka I. Macam ni ke You kata You sayang I??" tinggi nada suara Aunty Mimi bergaduh dengan abah pasal duit.

"Sabarlah sikit. I belum lagi dapat tender shoplot tu. Mana I ada duit banyak-banyak macam yang you mintak. You pun tahu business I jatuh. Savings I pun dah I guna untuk cover project."

"I tak peduli dengan tender you ke.. Rugi you ke.. Yang I tahu esok I nak duit I. RM10,000 cash. Dalam account I.. You paham tak??" jawab Aunty Mimi bengis.

Sejak abah berkahwin inilah kali pertama dia terdengar pertengkaran mereka.
















***

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa

Aku Pelat

When I Was Your Man - Bruno Mars