Jiji.. Cepat sembuh

Gambar ni mungkin kurang menyenangkan dan nampak macam kotor. Hakikatnya kucing ni masih lagi bernafas sampai saat entri ini ditulis. Sangat kesian. Kucing ni bernama Jiji. Hampir 2 minggu Jiji  terlantar sakit. Tak mampu lagi nak bergerak. Hanya mampu berbaring saja. Makan dan minum kami akan suapkan. Jiji panjang umur kerana melepasi tahap kritikal. Yang mana sebelumnya dia sgt tenat. Beberapa kali kekejangan. 2 hari dalam keadaan nazak. Sehinggakan kami sekeluarga berasa buntu kenapa Jiji belum diambil lagi. Sampailah kakak mencadangkan untuk memberi air zam-zam padanya. Mungkin disebabkan air zam-zam Jiji bertahan sampai hari ini. Moga Allah beri Jiji kekuatan untuk bangun semula. Jika ditakdirkan Jiji pergi, ambillah dia dengan mudah Ya Allah. Moga Jiji cepat sembuh.. Amin..

Comments

  1. hari ni 27 may : Jiji dah pergi buat selama-lamanya.. :'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa

Aku Pelat

Sesungguhnya Aku