Senarai Susunan Wali
Assalamualaikum w.b.t
Sementara menunggu sahur, jom kita kongsi ilmu berkenaan WALI.
Wali merupakan salah satu daripada Rukun Nikah iaitu :
S - Suami
I - Isteri
S - Saksi
W - WALI
A - Akad ( Ijab & Qabul )
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah wali ialah :
- Islam
- Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun)
- Berakal
- Adil
- Merdeka
# Orang buta atau bisu adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal - hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi syarat - syarat sah wali.
sumber : Jakim
Senarai aturan wali mengikut keutamaan adalah seperti berikut :
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa ke atas
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
- Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
- Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
- Bapa saudara bapa seibu sebapa
- Bapa saudara bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
- Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
- Bapa saudara datuk seibu sebapa
- Bapa saudara datuk sebapa
- Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
- Wali Hakim
Untuk pemahaman yang lebih khusus sila rujuk laman web JAKIM : Bidang Kuasa Wali dalam Pernikahan.
Terima Kasih kerana membaca sampai sini :)
nice sharing :)
ReplyDeleteThanks :-)
Deletebaca tajuk, ingatkan cite psal wali Allah tu.. anyway, nice sharing..
ReplyDelete*teringin nak merasa jadi wali.... :)
Hehe.. Masenye akan tiba nanti.. :-P
DeleteEntri menarik thanks ats perkongsian :)
ReplyDeleteUgranuscar_bu Christian Blasko click here
ReplyDeletevinkerzdissa
Mtrinatprofze_1997 Jay Diaz CorelDRAW
ReplyDeleteiMyFone LockWiper 7.4.1.2
WinRar
Media Player Classic (Home Cinema) 1.9.23
garfperwifit