Senarai Susunan Wali


Assalamualaikum w.b.t

Sementara menunggu sahur, jom kita kongsi ilmu berkenaan WALI.

Wali merupakan salah satu daripada Rukun Nikah iaitu :

S - Suami
I - Isteri
S - Saksi
W - WALI
A - Akad ( Ijab & Qabul )

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah wali ialah :

  1. Islam
  2. Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun)
  3. Berakal 
  4. Adil
  5. Merdeka
# Orang buta atau bisu adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal - hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi syarat - syarat sah wali.

sumber : Jakim 

Senarai aturan wali mengikut keutamaan adalah seperti berikut :
  1. Bapa kandung
  2. Datuk sebelah bapa ke atas
  3. Saudara lelaki seibu sebapa
  4. Saudara lelaki sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
  6. Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
  7. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
  10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
  11. Bapa saudara bapa seibu sebapa
  12. Bapa saudara bapa sebapa
  13. Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
  14. Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
  15. Bapa saudara datuk seibu sebapa
  16. Bapa saudara datuk sebapa
  17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
  18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  19. Wali Hakim
Untuk pemahaman yang lebih khusus sila rujuk laman web JAKIM : Bidang Kuasa Wali dalam Pernikahan. 

Terima Kasih kerana membaca sampai sini :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Teladan: Hormat Ibu Bapa

Aku Pelat

When I Was Your Man - Bruno Mars